Isnin, 28 Februari 2011

SIMBOL??

 Seni dan pendidikan

tentang simbol-simbol

simbol
simbol ialah reka bentuk grafik yang diringkaskan dan dipermudahkan daripad imej sumber alam semula jadi dan sumber alam benda.
Simbol terdiri daripada flora ,fauna dan benda-benda yang terdapat di persekitaran manusia.

FUNGSI SIMBOL
1.    Manusia menggunakan simbol sebagai interpretasi  atau maklumat kepada   sesuatu tanda.
2.  Sesetengah simbol  bersifat antarabangsa seperti simbol  sukan dan simbol amaran.
3.   Simbol lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks.
4. Kemampuan manusia mengenali dan memahami simbol lebih pantas daripada kecekapan membaca teks.

JENIS-JENIS SIMBOL

simbol sukan
ialah memaparkan  aktiviti manusia  dalam bidang sukan dan rekreasi.


















Simbol amaran
ialah digunakan untuk memaklumkan sesuatu larangan atau tegahan contohnya larangan membawa binatang ternakan  ke taman permainan.
                             












Simbol maklumat

 adalah bertujuan untuk memberi maklumat umum kepada masyarakat. Biasanya, simbol maklumat bersifat antarabangsa, iaitu hampir semua penduduk seluruh dunia menggunakan simbol yangg sama.Contohnya simbol hospital, tempat letak kereta, tandas dan sebagainya.















Simbolisme
Simbolisme adalah gerakan baru dalam seni. Dalam hal ini seni lukis sebagai reaksi terhadap gerakan naturalisme, dimana gerakan naturalis mengutamakan gerakan yang sewajarnya atau sesuai dengan hal-hal yang nyata. Seseorang tidak usah melukiskan kenyataan secara seksama (naturalis) dan setiap warna, bentuk, maupun garis tetapi dapat menimbulkan berbagai perasaan atau makna simbolis.

Ikonografi 
adalah cabang sejarah seni yang mempelajari identifikasi, deskripsi dan interpretasi isi gambar. Kata ikonografi berarti "penulisan gambar", dan berasam dari Yunani kuno
Selain itu juga ikonografi bermaksud lambang-lambang seni yang digambarkan melalui lukisan, ukiran arca, dan sebagainya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan