Isnin, 28 Februari 2011

SIMBOL??

 Seni dan pendidikan

tentang simbol-simbol

simbol
simbol ialah reka bentuk grafik yang diringkaskan dan dipermudahkan daripad imej sumber alam semula jadi dan sumber alam benda.
Simbol terdiri daripada flora ,fauna dan benda-benda yang terdapat di persekitaran manusia.

FUNGSI SIMBOL
1.    Manusia menggunakan simbol sebagai interpretasi  atau maklumat kepada   sesuatu tanda.
2.  Sesetengah simbol  bersifat antarabangsa seperti simbol  sukan dan simbol amaran.
3.   Simbol lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks.
4. Kemampuan manusia mengenali dan memahami simbol lebih pantas daripada kecekapan membaca teks.

JENIS-JENIS SIMBOL

simbol sukan
ialah memaparkan  aktiviti manusia  dalam bidang sukan dan rekreasi.


















Simbol amaran
ialah digunakan untuk memaklumkan sesuatu larangan atau tegahan contohnya larangan membawa binatang ternakan  ke taman permainan.
                             












Simbol maklumat

 adalah bertujuan untuk memberi maklumat umum kepada masyarakat. Biasanya, simbol maklumat bersifat antarabangsa, iaitu hampir semua penduduk seluruh dunia menggunakan simbol yangg sama.Contohnya simbol hospital, tempat letak kereta, tandas dan sebagainya.















Simbolisme
Simbolisme adalah gerakan baru dalam seni. Dalam hal ini seni lukis sebagai reaksi terhadap gerakan naturalisme, dimana gerakan naturalis mengutamakan gerakan yang sewajarnya atau sesuai dengan hal-hal yang nyata. Seseorang tidak usah melukiskan kenyataan secara seksama (naturalis) dan setiap warna, bentuk, maupun garis tetapi dapat menimbulkan berbagai perasaan atau makna simbolis.

Ikonografi 
adalah cabang sejarah seni yang mempelajari identifikasi, deskripsi dan interpretasi isi gambar. Kata ikonografi berarti "penulisan gambar", dan berasam dari Yunani kuno
Selain itu juga ikonografi bermaksud lambang-lambang seni yang digambarkan melalui lukisan, ukiran arca, dan sebagainya.





Ahad, 20 Februari 2011

APA ITU???



Definisi Pemikiran
   " Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

KBKK (KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF)

Tujuan KBKK
  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
 KEMAHIRAN BERFIKIRSECARA KRITIS ialah " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "
contoh KB kritis :
    • banding beza
    • membuat kategori
    • teliti bahagian kecil dan keseluruhan
    • membuat sekuens
    • menerang sebab
    • membuat ramalan
    • usul periksa andaian
    • membuat inferens
    • mengesahkan sumber maklumat
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF ialah" kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "
contoh KB kreatif :
    • menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
    • mencipta analogi
    • mencipta metafora
    • mereka cipta
    • membuat gambaran mental

Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik
  • cekal melaksanakan tugas
  • mendengar secara aktif/pendengar yang baik
  • bekerjasama dengan orang lain
  • jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
  • peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan
  • mahir dalam menyoal
  • dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan
  • sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
  • kesediaan mengambil risiko dan cabaran

Kaedah Gabung Jalin
Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran (p&p) adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana p&p yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan pelajar.
Kaedah Gabung Jalin, iaitu kaedah pengajaran yang diutarakan oleh H.G Widdowson, dibentuk berdasarkan teori pengajaran pendekatan komunikatif. Prinsip pengajaran Kaedah Gabung Jalin menekankan fungsi bahasa sebagaimana yang benar-benar berlaku dalam komunikasi bahasa.Perkara-perkara yang digabungjalinkan dalam pengajaran ialah kemahiran bahasa yang betul-betul terlibat dalam komunikasi. Misalnya, kemahiran mendengar dan bertutur, berlaku dalam temu duga, dialog, wawancara, mesyuarat, perbincangan dan sebagainya.

Begitu juga dengan kemahiran mendengar dan menulis, misalnya, apabila kita mendengar syarahan dan menulis nota (tentang syarahan yang didengar). Kemahiran membaca dan menulis, biasanya kita gabungkan apabila kita membaca buku teks dan mencatat nota daripada bacaan tersebut. Dalam menggunakan kaedah gabung jalin ini, guru hendaklah pandai memilih dan menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti bahasa yang realistik dan benar-benar menggambarkan situasi penggabungan kemahiran dalam komunikasi. Kini konsep penggabungjalinan telah diaplikasikan oleh guru dengan cara yang lebih kreatif.
PENERAPAN
Menurut kamus dewan edisi keempat19, penerapan ialah perihal mene­rap atau memasang , pemasangan 2. perihal mene­rapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentad­biran negara atau corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan.
Menurut kamus pelajar, penerapan ialah hal atau perbuatan menerapkan sesuatu teori atau hal mempraktikkan.

16 NILAI  MURNI
•BAIK  HATI          
•KERJASAMA        
•KESEDERHANAAN
•KEBERANIAN     
• KESYUKURAN    
•BERDIKARI
•KEJUJURAN        
•HEMAH TINGGI   
•HORMAT-MENGHORMATI
•KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
•RASIONAL
•KEBEBASAN     
•KEADILAN             
•KASIH SAYANG 
•SEMANGAT BERMASYARAKATAN  
•KERAJINAN

PERBEZAAN
PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.


KAEDAH
 Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza.
TEKNIK
Kemahiran khusus adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

 INTEGRASI
Integrasi berasal dari bahasa inggris "integration" yang berarti kesempurnaan atau keseluruhan. integrasi sosial dimaknai sebagai proses penyesuaian di antara unsur-unsur yang saling berbeda dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memilki keserasian fungsi.
Definisi lain mengenai integrasi adalah suatu keadaan di mana kelompok-kelompok etnik beradaptasi dan bersikap komformitas terhadap kebudayaan mayoritas masyarakat, namun masih tetap mempertahankan kebudayaan mereka masing-masing. Integrasi memiliki 2 pengertian, yaitu :
  • Pengendalian terhadap konflik dan penyimpangan sosial dalam suatu sistem sosial tertentu
  • Membuat suatu keseluruhan dan menyatukan unsur-unsur tertentu