Selasa, 19 November 2013

SAJAK GURU PRAKTIKAL........

GURU PRAKTIKAL

Jadilah "guru praktikal"
Menabur budi tanpa dibayar,
Memerah keringat membasah bumi,
Mengejar masa siang dan malam,
Menulis rekod tanpa singkatan.

Jadilah "guru praktikal"
Berseni lukis di dinding kosong,
Mengasah bakat diprogram rasmi,
Melambai mesra di pagar besi,
Kelas relief melebihi rasmi.
Rajinnya tidak bertepi.

Jadilah "guru praktikal"
Menabur jasa segala kem,
English camp,
Merdeka camp,
Syakhsiah camp,
Bolasepak camp,
Dan segala kem.

Jadilah "guru praktikal"
Kerana,
Hadirmu disenangi,
Ajarmu difahami,
Arahanmu dipatuhi,
Kata-katamu diikuti.

Jadilah "guru praktikal"
Sampai bila-bila...walaupun engkau telah menerima surat posting,
Tetapi....
Bawalah bersama semangat dan roh "guru praktikal"
Bukan semangat guru biasa.

Jadilah "guru praktikal" kerana itulah guru luar biasa....

SAJAK INI DARIPADA PUAN SHAMSIDA BINTI MOHD NOR (SMK BANDARBARU BATANG KALI) DIHADIAHKAN KEPADA GURU-GURU PRAKTIKAL (C.KHAIRUL, C.BOB, C.NAJ, C.YUVIN ,C.TERRY)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan